Wednesday 13 February 2019

7 MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN OLEH PESAKIT RADANG SENDI

7 MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN OLEH PESAKIT RADANG SENDI
Makanan Bergoreng & Makanan Diproses
Kurangkan mengambil makanan bergoreng dan makanan siap diproses seperti ayam goreng dan makanan sejuk-beku, boleh mengurangkan keradangan dan benar-benar membantu memulihkan sistem pertahanan semulajadi badan


Toksin A.G.E
Advanced Glycation End (AGE), adalah sejenis toksin yang terhasil apabila sesuatu makanan itu dipanaskan, dipanggang, digoreng atau dipasteur. Tubuh akan cuba memusnahkan AGE ini dengan menggunakan cytokines iaitu ejen yang menyebabkan berlakunya keradangan. Kurangkan makanan yang dimasak pada suhu yang tinggi dalam diet seharian bagi mengurangkan paras AGE.


Gula & Karbohidrat Tinggi
Makanan yang tinggi kandungan gula meningkatkan paras AGE. Ini juga mengundang keradangan. Jadi, kurangkan pengambilan makanan tinggi gula seperti gula – gula, makanan kotak, air soda juga kurangkan makanan karbohidrat tinggi seperti nasi, roti putih dan lain – lain kerana paras gulanya yang tinggi. Amalkan diet seperti sayuran dan buah – buahan.
Garam & Bahan Pengawet
Makanan yang diawet memang mampu bertahan lama. Namun, kesannya bagi sesetengah orang ia boleh menimbulkan keradangan. Jadi, seboleh – bolehnya elakkan makanan tinggi kandungan garam.

Produk Tenusu
Bagi sesetengah orang, produk tenusu mencetus keradangan pada bahagian sendi. Cuba elakkan pengambilan protein daripada sumberdaging dan tenusu dan gantikannya dengan sumber daripada sayur – sayuran seperti bayam, tauhu, kacang, kekacang dan lain – lain.

Tembakau & Alkohol
Kedua – duanya mengundang masalah kepada kesihatan termasuklah sendi. Peluang perokok tegar sangat cerah untuk diserang penyakit sendi jenis rheumatoid. Manakala mereka yang ketagih untuk mendapat gout. Sebaik – baiknya jauhi kedua – dua perkara ini yang lebih sihat.

Penggunaan Minyak jagung


Penggunaan minyak jagung dalam masakan sebenarnya boleh menyebabkan kedarangan sakit sendi. Jadi kita boleh menukarkan minyak jagung ini dengan minyak zaitun. Beberapa kajian pula, Asid lemak Omega 3 boleh melegakan pesakit sendi. jadi kita bolehlah menukarkan omega-6 kepada omega-3 seperti minyak zaitun , kacang dan sebagainya.















































































No comments:

Post a Comment